Tentang Kami

Koperasi Al-Hilal Berhad ditubuhkan pada 3 Jun 1986 oleh gerakan Islam untuk memperkukuh ekonomi umat berasaskan prinsip syariah. Ia bertujuan mengumpul dana, menggalakkan pelaburan halal dan membina jaringan ekonomi Islam. Pada 17 November 1989, ia dikenali sebagai Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad, meluaskan peranannya di peringkat nasional sebagai institusi tabungan dan kebajikan ahli.

Kini, Koperasi Al-Hilal berkembang dalam bidang perdagangan, pelaburan dan perkhidmatan komuniti. Dengan berpaksikan nilai Islam seperti amanah dan keadilan, koperasi ini terus menjadi tonggak pembangunan ekonomi ummah serta simbol kekuatan masyarakat Islam Malaysia dalam membina ekonomi yang mampan dan beretika.
WISMA KOHILAL

Ingin menjadi sebahagian daripada keluarga kami?

Nikmati pelbagai kemudahan dan keistimewaan dengan menjadi salah seorang stokis barangan Kohilal.
Menjadi stokis

Pertanyaan Lanjut?

email ke kohilalberhad@gmail.com

HALA TUJU KOHILAL
2025-2030

Teras 1

Memperkasa Organisasi
  • Langkah Strategik 1

    Menstruktur dan mengoptimumkan organisasi

    1. Menyedia aturan pemilihan Anggota Lembaga Koperasi (ALK)
    2. Menstruktur semula organisasi mengikut fungsinya
    3. Menubuhkan JK penilaian prestasi ALK setiap tahun
  • Langkah Strategik 2

    Pengurusan Fail dan Dokumentasi

    1. Mengemas kini fail dan dokumentasi
  • Langkah Strategik 3

    Peraturan dan Terma Rujukan

    1. Menyedia SOP setiap projek/program yang akan dilakukan
  • Langkah Strategik 4

    Kecekapan Operasi dan Pemantauan

    1. Menyedia jadual pemantauan
    2. Menyedia JK Khas pemungutan hutang dan pembayaran balik
  • Langkah Strategik 5

    Memperluaskan Peranan Majlis Syariah

    1. Memperluaskan peranan Majlis Syariah dalam Semua Pengurusan Koperasi

Teras 2

MENGEMBALI KEYAKINAN ANGGOTA
  • Langkah Strategik 1

    Mengemas Kini Rekod dan Penjenamaan Semula Keanggotaan

    1. Menyediakan kad pintar keanggotaan pelbagai fungsi
  • Langkah Strategik 2

    Kutipan bayaran hutang dan bayaran anggota berhenti

    1. Mengutip hutang anggota
    2. Pembayaran Anggota Berhenti

Teras 3

MENINGKATKAN PRODUK SEDIA ADA
  • Langkah Strategik 1

    Meningkatkan operasi kilang

    1. Meningkatkan keupayaan kilang
    2. Menambah pekerja tetap
  • Langkah Strategik 2

    Menambah jenis barangan KOHILAL

    1. Mewujudkan killer produk jenama KOHILAL
    2. Wujudkan kerjasama dan jaringan pengeluar/pengilang
  • Langkah Strategik 3

    Menjenamakan semula barangan KOHILAL

    1. Pembungkusan lebih menarik dan efektif
    2. saiz dan pakej yang memenuhi keperluan pengguna
    3. R&D
  • Langkah Strategik 4

    Muslim Tour (Domestic & International Travel Packages)

    1. Memperhebat promosi dan mempelbagaikan destinasi
    2. Pakej yang menarik dan insentif penajaan

Teras 4

MENINGKATKAN PEMASARAN BARANGAN
  • Langkah Strategik 1

    Menaik taraf kaedah pemasaran

    1. Hantar ALK kursus pemasaran
    2. Pemasaran online
  • Langkah Strategik 2

    Mengadakan kursus dan latihan

    1. Latihan dan kursus kepada stokis dan agen
  • Langkah Strategik 3

    Mempertingkatkan promosi dan penerangan

    1. Promosi barangan di setiap ekspo/karnival dalam dan luar negara
  • Langkah Strategik 4

    Mewujudkan skim ganjaran dan galakan

    1. Menawarkan insentif yang sesuai kepada stokis
    2. Menawarkan insentif bonus pengguna
    3. Menawarkan rebet kepada anggota
  • Langkah Strategik 5

    Meningkatkan keberkesanan stokis dan pengedar

    1. Mewujudkan stokis di setiap kawasan/DUN
    2. Mewujudkan rangkaian jualan luar negara

Teras 5

MEMPERLUAS PERKHIDMATAN
  • Langkah Strategik 1

    Mewujudkan agen umrah dan haji di setiap negeri

    1. Memilih dan melantik agen berkelayakan
    2. Memberi latihan dan promosi pemasaran
  • Langkah Strategik 2

    Mewujudkan rangkaian kios KOHILAL

    1. Rangkaian kedai anggota/koperasi
  • Langkah Strategik 3

    Projek pertanian berasaskan bekalan makanan

    1. Kebun kelapa sawit
  • Langkah Strategik 4

    Menubuhkan KOHILAL Mart

    1. Rangkaian KOHILAL Mart di setiap negeri
  • Langkah Strategik 5

    Menubuhkan rangkaian homestay/rumah koperasi

    1. Menyediakan kelengkapan bilik mesyuarat/seminar/asrama
Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad
F34, Jalan Semarak Api 3,
(4/50) Off Jalan Gombak,
Diamond Square Commercial Centre 
53000 Kuala Lumpur
© 2021. Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad
Develop by Tombark
cross-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram