MAJLIS PELANCARAN RANGKAIAN KOHILAL MART

KUALA LUMPUR: Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad (KOHILAL) julung kalinya melancarkan KOHILAL Mart yang menawarkan 31 kepelbagaian produk dari jenama KOHILAL.

Selain itu, KOHILAL turut mengalu-alukan usahawan Melayu-Islam serta produk daripada koperasi lain untuk mempamer dan menjual produk masing-masing di KOHILAL Mart.

Menurut Pengerusi KOHILAL, Mustaffa Salleh, KOHILAL Mart dibuka berikutan permintaan ramai dan sebahagian agenda tahun ini, namun kebetulan diasak dengan fenomena luar biasa ‘Buy Muslim First‘ (BMF) memaksa pihaknya mengembangkan pemasaran produknya.

“Memang perancangan yang telah kita atur kebetulan sekarang ini permintaan mart itu kita segerakan awal tahun ini kerana permintaan.

“Masa kami tandatangan usahasama KOHILAL bersama UMMAH dan ABATA pada 23 Julai 2019, kami tidak fikir lagi pasal benda (BMF) itu kerana kami kena ubah sikit sistem baru rangkaian. Selepas daripada itu barulah (BMF) meletup.

“Tempat ini asalnya dipanggil JUTEKO ‘Jualan Terus KOHILAL’. Jadi ambil keadaan semasa tadi supaya orang lebih seronok dan kita lebih mudah gerak itu yang adanya KOHILAL Mart,” kata Mustaffa.

Katanya, urusan permohonan sijil halal daripada JAKIM untuk produk dari kilangnya telah hampir selesai.

Pengguna juga boleh mendapatkan produk KOHILAL menggunakan aplikasi mobile membeli belah atas talian iaitu ABATA yang menawarkan kepelbagaian produk muslim dan perkhidmatan dengan khidmat penghantaran, penjualan.

Kata Mustaffa, pada tahun ini KOHILAL menyasarkan150 buah KOHILAL Mart di seluruh negara dengan dibantu oleh NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan ABATA.

Sehingga November 2019, jualan produk KOHILAL meningkat mendadak sebanyak 60 peratus iaitu RM1,686 255.12 juta berbanding tahun 2018 RM1,039 915.70 juta.

Pelancaran KOHILAL Mart dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Dato’ Nordin Salleh semalam di premis KOHILAL Mart di Diamond Square, Setapak, di sini.

Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad
F34, Jalan Semarak Api 3,
(4/50) Off Jalan Gombak,
Diamond Square Commercial Centre 
53000 Kuala Lumpur
© 2021. Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad
Develop by Tombark
cross-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram