PENDAFTARAN KOHILAL MART

  • Lanjutan daripada maklumat kelulusan penubuhan KOHILAL MART, pihak Kohilal membuka peluang bagi semua Pusat Stokis, Stokis Anggota dan Anggota Kohilal untuk meluaskan perniagaan anda.
  • Majlis Pelancaran Rangkaian Kohilal Mart telah diadakan pada 9hb Januari 2020 dengan menaik taraf Jutekoh kepada KOHILAL MART.
  • Sehubungan itu Pusat Stokis, Stokis Anggota dan Anggota Kohilal yang berminat membuka kedai / mini market dibawah jenama Kohilal Mart diminta mendaftar secara online.
  • Sila klik butang di bawah untuk mendaftar :
DAFTAR
  • Seterusnya Tuan/Puan diminta join Group WhatApp Kohilal Mart untuk mengikuti perkembangan dari masa ke semasa atau bagi mendapatkan maklumat yang terkini.
  • Sila klik butang di bawah untuk join group :
WhatApp

Soalan-Soalan Lazim

Terma dan syarat Kohilal Mart

  • Kedai / pasar mini / pasaraya yang telah beroperasi boleh menggunakan papan tanda KOHILAL MART dengan rekabentuk yang telah ditetapkan.
  • Menjual produk-produk jenama Kohilal serta produk muslim lain yang dibekalkan oleh KOHILAL MART Pusat.
  • Pembelian minimum setiap bulan adalah RM 20,000 dengan membuat pesanan seawal 2 minggu sebelum penghantaran.
  • Bertanggungjawab dalam urusan pemasaran kohilal seperti pendaftaran ahli (anggota) Kohilal, pendaftaran stokis anggota, pengedaran risalah daripada KOHILAL MART Pusat dan lain-lain.
  • Hanya menjual produk jenama KOHILAL sahaja kepada stokis anggota dengan harga yang telah ditetapkan.
  • Syarat diatas tidak boleh diubah kecuali dengan persetujuan kedua belah pihak atas keadaan yang tidak dapat dielakkan.
  • Bayaran 100 % daripada jumlah pembelian seperti dipersetujui mestilah didepositkan ke akaun KOPERASI AL- HILAL MALAYSIA BERHAD semasa membuat Arahan Belian (Purchase Order). Seterusnya, perlu difaks atau diemailkan kepada Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad sebelum proses penghantaran produk ke syarikat.
  • Pihak KOHILAL bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan produk yang disebabkan oleh kelalaian dan kecuaian daripada pihak KOHILAL sendiri.
  • Sebarang kos pengiklanan, percetakan atau promosi produk adalah dibawah tanggungan KOHILAL.
  • Perjanjian diantara Syarikat pemohon dan KOHILAL akan diperbaharui setiap dua (2) tahun sekali.
  • Pembayaran kepada KOHILAL hendaklah dibuat secara tunai atau cek.
  • Sebarang perubahan dalam perjanjian ini adalah tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan bersama di antara kedua-dua pihak.

Garis panduan Kohilal Mart

Sila klik pautan di bawah untuk menyemak atau muat turun

KERTAS KONSEP PROJEK KOHILAL MART 2019

Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad
F34, Jalan Semarak Api 3,
(4/50) Off Jalan Gombak,
Diamond Square Commercial Centre 
53000 Kuala Lumpur
© 2021. Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad
Develop by Tombark
cross-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram