GP28: GARIS PANDUAN TADBIR URUS SYARIAH
Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta) untuk mengawal selia koperasi yang menjalankan perniagaan atau aktiviti berlandaskan Syariah yang merangkumi:
Tugas & Tanggungjawab Majlis Jawatankuasa Syariah Ditetapkan oleh SKM
Tanggungjawab dan Akauntabiliti Jawatankuasa Syariah dalam melaksanakan tugasnya hendaklah bertanggungjawab terhadap semua keputusan dan pandangan Syariah yang disediakan oleh mereka.
Jawatankuasa Syariah hendaklah menasihati Lembaga dan memberi input kepada koperasi mengenai perkara Syariah supaya koperasi mematuhi prinsip Syariah pada setiap masa.
Jawatankuasa Syariah hendaklah memperakukan dasar dan prosedur Syariah yang disediakan oleh koperasi dan memastikan kandungannya tidak mempunyai sebarang unsur yang tidak selaras dengan Syariah.
Untuk memastikan produk koperasi mematuhi prinsip Syariah, jawatankuasa Syariah hendaklah memperaku dan mengesahkan:
Pihak yang berkaitan dengan koperasi seperti peguam, juruaudit atau perunding boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai perkara berkaitan Syariah daripada jawatankuasa Syariah.
Jawatankuasa Syariah boleh menasihati koperasi untuk berunding dengan Suruhanjaya mengenai perkara Syariah yang tidak dapat diselesaikan. Suruhanjaya akan membawa perkara tersebut kepada mana-mana badan berkuasa tertinggi berkaitan untuk mendapatkan penjelasan dan keputusan yang muktamad, sekiranya perlu.
Jawatankuasa Syariah hendaklah menyediakan pendapat Syariah secara bertulis dalam keadaan di mana koperasi merujuk kepada Suruhanjaya untuk perbincangan selanjutnya bersama mana-mana badan berkuasa tertinggi, atau di mana terdapat persoalan berkenaan produk koperasi oleh Suruhanjaya.