KOHILAL Mart ialah rangkaian kedai koperasi yang menyediakan pelbagai barangan keperluan harian seperti makanan, minuman dan produk kebersihan. Ia menyokong produk keluaran Muslim serta barangan tempatan, menawarkan harga berpatutan dan perkhidmatan mesra pelanggan bagi memenuhi keperluan komuniti setempat serta menyokong ekonomi umat Islam.
KOHILAL memiliki kilang sendiri di Batu Caves yang menghasilkan produk keperluan harian seperti pencuci pinggan mangkuk, sabun basuh serbuk dan ubat gigi. Kilang ini dikendalikan secara halal dan berkualiti tinggi, menyokong usaha KOHILAL memperkukuh ekonomi ummah melalui pengeluaran produk buatan Muslim yang diyakini dan berdaya saing.
Pemasaran Produk Digital
KOHILAL turut memasarkan produk digital Think Quran yang membantu pengguna memahami al-Quran secara interaktif melalui tafsir, terjemahan dan audio bacaan. Sebagai perniagaan digital berkonsep zero liabiliti, Think Quran akan memberi manfaat ekonomi dan spiritual kepada lebih 18,000 ahli KOHILAL secara moden dan mudah diakses.
Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad
F34, Jalan Semarak Api 3, (4/50) Off Jalan Gombak, Diamond Square Commercial Centre 53000 Kuala Lumpur