Pemasaran Think Quran
KOHILAL turut memasarkan produk digital Think Quran yang membantu pengguna memahami al-Quran secara interaktif melalui tafsir, terjemahan dan audio bacaan. Sebagai perniagaan digital berkonsep zero liabiliti, Think Quran akan memberi manfaat ekonomi dan spiritual kepada lebih 18,000 ahli KOHILAL secara moden dan mudah diakses.
Think Quran ialah sebuah aplikasi pembelajaran al-Quran interaktif yang dibangunkan oleh Think Osem Berhad, sebuah syarikat teknologi pendidikan tempatan yang berfokus kepada inovasi digital Islamik. Aplikasi ini direka bagi membantu pengguna memahami maksud ayat al-Quran dengan mudah melalui terjemahan, panduan tajwid serta tafsir ringkas yang mesra pengguna.

Sejak dilancarkan, Think Quran telah menarik perhatian masyarakat global kerana pendekatannya yang moden dan berkesan dalam memudahkan pembelajaran al-Quran untuk semua peringkat umur, sama ada pelajar, guru mahupun masyarakat umum. Sila klik icon berikut untuk mendaftar percuma dan cuba berlatih dengannya:
Atau scan QR code di bawah:
Kini, Think Quran telah diterjemahkan dalam sembilan bahasa utama dunia, menjadikannya lebih mudah diakses oleh pengguna antarabangsa. Ia telah menembusi pasaran di 23 buah negara, termasuk di Timur Tengah, Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Syarikat. Jumlah pengguna aktifnya kini melebihi 1.2 juta orang, membuktikan penerimaan dan kepercayaan tinggi terhadap kualiti serta keberkesanan platform ini. Kejayaan Think Quran bukan sahaja mengangkat jenama tempatan ke peringkat global, tetapi turut memberi impak positif dalam menyebarkan kefahaman dan kecintaan terhadap al-Quran melalui pendekatan teknologi moden.
Perkhidmatan Kohilal